Nenas atau nanas...aku sendiri pun tak tahu mana satu ejaannya yang tepat mengikut DBP. Ahhh, tak kisahlah mana satu ejaan yang betul, yang pasti bila menyebutnya, kita semua akan terbayang daun yang panjang dan tajam mengelilingi batang yang tebal dengan isinya yang kekuningan dan tentunya menggamit selera kita semua. Bagi yang tak tahu, nama saintifik bagi nenas adalah Ananas comosus. Ia merupakan sejenis tumbuhan tropikal. Ia berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik". Sebagaimana ayat yang sering aku gunakan dengan anak-anak muridku yang "SETIAP CIPTAAN TUHAN ITU ADA MANFAATNYA"...macam tu jugak halnya dengan nenas nih. Nenas mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.
Oleh itu, ia berkhasiat untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Jadi bagi yang mengandung tuh..jangan nak memandai-mandai untuk makan nenas.
0 comments:
Post a Comment