Thursday, July 19, 2012
Tips Menjawab Soalan Sains PMR (Kertas 2)
Ramai pelajar cukup takut dengan kertas 2.....bagi mereka soalan dalam kertas sangat susah jika dibandingkan dengan kertas 1. Disinilah silap mereka....realiti sebenarnya adalah sebaliknya. Kertas 2 lah yang sebenarnya lebih mudah mendapat markah. Rata-rata pelajar yang saya tanya berpendapat yang kertas1 lebih mudah kerana jawapan sudah tersedia manakala bagi kertas 2 pelajar perlu berfikir dan menulis jawapan sendiri. Hakikat yang pelajar mungkin tidak tahu adalah kertas 2 sebenarnya sangat senang. Dalam setiap soalan yang ditanya, pastinya ada terselit jawapan atau paling tidak petunjuk kepada jawapan (hint). Sekiranya pelajar itu peka semestinya kertas 2 tidak akan menjadi masalah. Untuk menulis jawapan pula, pelajar perlu tahu teknik yang betul terutamanya ketika menjawab soalan no 8 (soalan eksperimen). Sekiranya pelajar mahir dalam kedua-dua aspek ini maka kertas 2 tidak akan menjadi masalah lagi.