Saturday, May 12, 2012
Luahan Seorang Guru....
Tahun 2012....sememangnya cukup mencabar kredibiliti aku sebagai guru. Letih, lesu dan penat hanya Tuhan saja yang tahu. Inilah tulisan pertama aku bagi tahun 2012 ini. Itupun setelah aku memaksa diri lari sekejap dari bebanan tugas yang tak pernah habis. Siapa kata kerja sebagai guru mudah??? Siapa sahaja yang mengatakan demikian tentu sahaja bukan seorang guru....kerana hanya guru saja yang memahami bebanan tugas sebenar seorang guru. Orang mungkin beranggapan yang tugas guru mudah..masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik jam 2 atau 3 petang. Tapi hakikat disebaliknya hanya seorang guru sahaja yang tahu. Kalau dulu tugas hakiki guru ialah mengajar namun semakin hari tugas murni itu mula goyah. Guru terbeban dengan bermacam tugas. Kami Guru tapi pada masa yang sama kamilah Pengumpul Data, kamilah Ahli Statistik, kamilah jururawat, kamilah pembantu tadbir, kamilah kerani, kamilah tukang kebun dan bermacam-macam lagi jawatan pakej yang perlu dipikul oleh guru. Tugas hakiki kami bukan lagi mengajar tapi sebaliknya tumpuan kami lebih kepada menyiapkan bermacam-macam Analisis & "paper work". Pihak yang sepatutnya melaksanakan itu semua hanya memberikan arahan dan kami sebagai orang yang "SEDIA BERKHIDMAT" perlu menyiapkan "assignment" tersebut tanpa banyak bicara. Natijahnya masa yang sepatutnya kami gunakan untuk mempertingkatkan kualiti P&P lenyap sia-sia begitu sahaja. Bagaimana boleh melaksanakan P&P yang berkesan kalau banyak sangat gangguan?? Memang waktu kerja kami (di atas kertas) hingga pukul 2 atau 3 saja....tapi hakikatnya tugas kami tidak habis di situ. Balik rumah bukan dengan tangan kosong tapi membawa bersama "assigment" yang tidak siap, buku pelajar yang perlu disemak, kertas soalan yang perlu dibuat dan bermacam-macam lagi. Kalau ada yang mengatakan apa yang aku tulis ini omongan kosong saja, tanyalah sendiri pada suami atau isteri seorang guru....pasti mereka akan bersetuju. Tugas yang dikatakan berakhir jam 3 petang sebenarnya masih berlarutan adakalanya sampai 1.00 pagi. Aku bukan bermaksud untuk lari dari tanggungjawab tapi biarlah tanggungjawab itu adil...mana-mana guru tidak akan pernah menolak untuk mendidik kerana itulah sebenar tanggungjawab kami...tolonglah berilah kami ruang untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang kami boleh banggakan....